WhatsApp Kini Membolehkan Lebih Daripada Satu Pentadbir Di Tambah Pada Group

WhatsApp agak aktif menambah beberapa fungsi baru akhir-akhir ini, dan terkini melalui kemaskini baru, mereka membawakan sokongan untuk menambah pentadbir lain ke WhatsApp Group sekiranya anda seorang pentadbir.
Untuk menambah seseorang pentadbir (Admin) di WhatsApp Group, pentadbir sedia ada hanya perlu tap pada nama yang ingin ditambah pada senarai ahli Groups, dan seterusnya memilih untuk menambah mereka sebagai pentadbir. Lebih daripada seorang pentadbir boleh ditambah pada WhatsApp Group, sekaligus memudahkan lagi pengurusan sesuatu Group oleh pengguna.
WhatsApp Group
Bersama-sama pengenalan fungsi baru ini, satu lagi perkara yang ditambah pada bahagian Groups adalah dimana pengguna boleh melihat sekiranya seseorang ahli kumpulan sedang menaip di dalam Group – lebih kurang sama seperti yang terdapat pada tetingkap sembang individu.
Pengenalan fungsi baru di WhatsApp Group ini juga hadir selari dengan pengenalan aplikasi khusus untuk Facebook Group oleh Facebook – pemilik WhatsApp.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment