Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

RESEPI MEE REBUS CHEF WAN


Bahan-bahan Mee dan Aksesori:
Sumber : Chef Wan @ AFC
Saiz hidangan: 3-4 orang

1 bungkus mee kuning (celur, basuh dan toskan)
2 keping tauhu- goreng dan hiris nipis
Taugeh- dicelur
Daun sup
Telur rebus
Cili besar- dihiris nipis
Bawang goreng
Limau kasturi/limau nipis

Bahan-bahan kuah:
2 mangkuk kecil  daging
1 kg tulang
10-12 ekor udang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3-4 sudu besar  cili kisar
2 sudu besar rempah kari
2  biji ubi kentang  sederhana besar – rebus dan dikisar
1 batang carrot – rebus dan dikisar
1 biji ubi keledek – rebus dan dikisar
Segenggam kacang tanah – sangan  dan ditumbuk/dikisar
2 sudu besar tauchu - kisar
1 ½  sudu besar udang kering
Garam
Gula Melaka
Bawang goreng
Minyak
Air
 Phewww!!!

Cara-cara:
Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumis bersama cili kisar.
Bila sudah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan garing dan naik minyak.
Masukkan tulang, daging dan air. Renehkan.
Masukkan tauchu dan kacang tanah. Juga gula Melaka.
Peserta seterusnya adalah kentang, keledek dan carrot.
Masukkan udang dan biarkan seketika. Seimbangkan rasa sedap dan lazat.  Kalau tak sedap, memang aku insan yang lemah hanya mampu berserah. Kuikui. Biar sekata.
Akhir sekali, masukkan bawang goreng, kacau sebentar dan tutup api.

RESEPI KEK KOPI ALADIN


Bahan-Bahan:
5 biji telur
250 g butter
250 g gula kastor
250 g tepung gandum
50 g serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar serbuk kopi segera
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus

Cara-Cara:
1. Putar butter & gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla, serbuk penaik & garam. Putar hingga sebati.
2. sambil terus memutar, masukkan telur satu persatu, serbuk koko, serbuk kopi, susu & tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 40-45 minit.

Bahan-Bahan:
200 ml madu
65 g butter
60 g serbuk koko
180 g air suam
250 ml susu cair
40 g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali butter. kacau hingga sebati dan tapis untuk mengelak bancuhan berketul-ketul apabila dididihkan
2. Masak seketika di atas api sedrhana, masukkan butter
3. Teruskan mengacau hingga bancuhan mendidih dan menjadi likat serta berkilat.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak di atas kek.


SELAMAT MENCUBA!!!

RESEPI STRAWBERRY CHILLED CHEESE CAKE


Bahan-bahan:
Tapak/Base:
Biskut cream cracker/Digestive 125g (Saya guna chipsmore)
Gula (dimesin dan diayak) 1sudu besar(sb) (Abaikan sebab chipsmore dah manis)
Mentega (Unsalted/Tanpa garam) 80g (Saya guna yang salted)
Bahagian atas:
Cheese Krim 375g
Gula(dimesin dan diayak) 125g
Krim putar/Whippingcream 250g
Jus lemon 3sb
Gelatin halal (Halalgel) 1sb
Air panas 50ml
Hiasan:
Jem strawberi 6sb
Air panas 2sb

Cara-cara:
Blender biskut sehingga halus.
Cairkan mentega.
Gaul rata biskut, gula dan mentega.
Masukkan dalam acuan jenis spring form dan tekan sehingga padat dan rata dengan senduk dll.
Masukkan ke dalam petis ais(chiller) selama sejam.
Masukkan gelatin dalam gelas dan tuang air panas. Kacau sehingga larut. Ketepikan.
Dalam satu bekas, putar krim putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan bertanduk.
Dalam bekas yang lain, putar cheese dan gula sehinga lembut dan masukkan jus lemon. Kacau sehingga sebati.
Masukkan 1/3 krim putar dan putar sehingga sebati.
Masukkan lagi 2/3 krim putar ke dalam no. 9 dan pukul sebati.
Masukkan larutan gelatin dan putar sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam spring form yang telah disejukkan terlebih dahulu.
Masukkan semula ke dalam peti ais(chiller) semalaman.
Ketika menghidang, larutkan jem strawberi dan air. Tuang di atas kek dan hias dengan strawberi.

RESEPI CHOCO MOUSSE BROWNIES


BAHAN-BAHAN :
45 g mentega
1 biji telur gred A
65 g gula kastor
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
50 g tepung*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca besar serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)

Bahan Untuk Mousse :-)
140 g coklat masakan
1 camca besar halal gelatin
100 ml air
2 putih telur
2oog whipping cream
40 g gula kastor

CARA-CARA :
UNTUK BROWNISE :- Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser springform pan berukuran 18 cm (mat guna acuan 8 inci) dengan mentega. Ketepikan. Pukul mentega, gula dan vanila (jika guna) hingga putih. Masukkan telur dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sediki hingga habis, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek sepenuhnya (mat tak kelurkan kek dari acuan).

UNTUK MOUSSE :- Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau rata (guna garfu untuk lebih senang). Biarkan sejuk. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim (jgn terlebih pukul, nanti jadi cair!). Satukan coklat tadi bersama whipping cream dan putih telur, gaul rata.
PENYEDIAAN CHOCO MOUSSE BROWNISE :- Tuang adunan 2 tadi ke dalam tin kek yang berisi kek. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan.

RESEPI BROWNIES LAPIS PANDAN KUKUS



Bahan-bahan
Butter 190gm,
Gula Kastor 1 cawan,
Susu Cair 1/2 tin,
Telur 2 biji (dipukul),
Tepung Gandum 1 1/2 cawan,
Serbuk Koko 1/4 cawan,
Baking Powder 1/2 sudu teh,
Baking Soda 1/2 sudu teh,
Vanilla Esen 1 sudu teh,
Pewarna Hijau 1 sudu teh,
Estrak pandan (kisar dari daun pandan) atau pandan paste secukup nyer

Cara-cara  Penyediaan
Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).

Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.

Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased), saya guna loaf pan, dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30 minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit .

RESEPI CUPCAKE REDVELVET



Bahan-bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah @ 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - (1/2 cwn susu segar +1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 175 C @ bergantug pada oven masing2. (kalau kukus pastikan air didih dulu bru letak loyang) make sure penutup kukus tu balut dgn kain or apa2 supaya wap air xjatuh atas kek)

Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.

Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak. (letak dlm cupcake pun boleh)
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit - 1 jam atau sehingga masak. (lau kukus..cucuk dgn lidi utk pastikan masak ke x..agak2 je)

Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. (yg ni kalau buat kek skali gus..lau guna cupcake xpyah la..)
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.

Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit. Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon
*Cara2: Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

RESEPI KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES (ASAM MANIS)


BAHAN-BAHAN
5 biji telur - grade A yg sejuk(amik darik peti ais)
225 gram gula halus (1 cawan rata)
220 gram tepung gandum*(2 cawan rata)
1 sudu kecil rata baking powder*
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 susu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (stok yang ada)
secukup hawflakes

CARA-CARA MEMASAK
Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepikan.
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer (NP guna blender saja) kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian (hijau/kuning/merah) dan warnakan mengikut kaler pilihan. (NP buat kaler hijau/kuning/merah)
Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir NP kukus selama 40min)
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Resepi Kek Kukus Labu Berkaramel


Bahan-bahan.
1/2 buah labu (anggaran 400-500gm) dibuang biji dan kulit dan dipotong dadu
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega / butter
1 cawan susu segar
1 cawan gula perang (juga boleh di gantikan dengan gula pasir biasa)
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu serbuk naik sendiri
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
Rebus Labu sehingga empuk. Tapis. Jangan buang air dan lebihan hampasnya. Sejukkan.

Kemudian, masukkan tepung gandum, mentega dan gula  dan kacau menggunakan whist. Masukkan susu segar, telur, esen vanilla dan garam. Akhir sekali masukkan labu yang telah disejukkan tadi.

Kukus selama 20-30 minit dengan air yang sudah menggelegak

Bagi membuat karamel labu, gunakan air lebihan labu dan sedikit hampasnya. Ambil 1/2 cawan gula perang dan panaskan di dalam periuk kecil, masukkan air labu sedikit demi sedikit hingga menjadi karamel. (Sedikit pekat).

Siap sahaja kek terus curahkan karamel ini diatasnya. Juga boleh ditaburkan kismis atau sebarang kekacang.

Selamat Mencuba!

Resepi Rempeyek Kacang Tanah


1 peket tepung beras cap gajah - 500 gram
2 cawan kacang tanah - potong dua atau lebih kecil sebab lagi sedap... 
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukupnya

bahan kisar
3 biji bawang putih
2 biji buah keras
daun limau - di potong kecil dan nipis
air secukupnya - untuk memastikan adunan menjadi cair.

Cara-caranya
jemur kacang di tengah panas atau  boleh juga panaskan dalam oven pada suhu 80'C supaya jadi garing 
kisar bawang putih dengan buah keras
kemudian masukkan tepung, serbuk ketumbar dan daun limau yang di potong halus 
selepas itu masukkan garam
tuangkan bahan yang dikisar tadi dan juga pecahkan telur
barulah masukkan sedikit air sambil adunan di kacau sebati
dalam pada itu cuba hilangkan ketulan - ketulan tepung di dalam adunan
masukkan lagi air sehingga cair anggaran lebih kurang dua cawan
proses menggoreng pula amik sesudu adunan dan tuangkan sedikit kacang ke dalamnya
kemudian terus tuangkan ke sisi kuali secara memanjang ketepi
adunan yang cair itu akan turun ke bahagian minyak jadi rempeyek berbentuk bulat akan terhasil.
ulangi proses  itu sehingga seluruh sisi kuali penuh
sambil tu siramkan minyak panas pada rempeyek yang masih melekat di sisi kuali, dan adunan akan mengelupas dari kuali, alihkan ke tengah untuk di goreng sampai masak
pastikan minyak dah turun semua ketika dikeluarkan dari kuali dan letakkan dalam bekas yang berisi tisu untuk menyerap lebihan minyak
masukkan dalam bekas kedap udara.. dan boleh disimpan rangup sehingga Raya

Selamat Mencuba :)

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN


BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah akak rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

Selamat Mencuba .

Resepi Ketam Masak Pedas


Bahan-bahannya adalah seperti:
Ketam
1 Batang Serai
Daun limau purut 10 keping
Daun ketumbar segenggam
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam keping 1 (besar)
Serbuk kari 2 sudu
Cili giling 3 sudu
Paste cili thai 2 sudu
Gula & garam sedikit

Cara memasak adalah seperti:
1. Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut dan potong.
2. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.
3. Dalam periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga naik bau.
4. Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian masukkan paste cili thai.
5. Apabila sudah pecah minyak masukkan air rebusan ketam tadi.
6. Kacau sehingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.
7. Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
8. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi bersatu.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Nasi Paprik


Bahan-bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara
1) Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2) Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Resepi Sup Udang Ala Thai


Bahan-bahan:
350 gram udang besar
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai – cincang kasar
2 helai daun limau purut – cincang
1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang
1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
1 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan
1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar – hiris nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.

3. Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih.

4. Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.

5. Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.

6. Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.

7. Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.

8. Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.

9. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba

Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tulang lembu berdaging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
  • 1 1/2 sudu besar tomato puree
  • 1 batang lobak merah, didadu
  • 1 biji kentang, didadu
  • 2 batang saderi, dihiris besar
  • Sedikit daun sup, dihiris
  • Bawang goreng
Bahan untuk kisar halus:
  • 8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia
Bahan untuk tumis:
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
































Cara caranya:

  1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
  4. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.

RESEPI KEK CARROT KUKUS


Bahan A
145gm gula halus
250ml putih telur
1/2st ovalete
1/4st garam

Bahan B
100ml susu pekat manis

Bahan C
120gm tepung gandum ~ diayak
20gm tepung jagung ~ diayak
1/2st baking powder

Bahan lain
200gm carrot ~ diparut 
2st oren sunquick
pewarna oren

Cara-caranya:
1. Putar bahan A hingga gebu, lembut dan mengembang.
2. Masuk bahan B, putar rata.
3. Masukkan bahan C, putar sebati.
4. Adunan dibahagikan kepada 2. 1 bahagian dicampurkan dgn carrot + warna oren + oren sunquick. 1 bahagian lagi dibiarkan putih.
5. Loyang digriskan dgn butter dan dialas baking paper.
6. Tuang adunan warna putih dulu , kukus selama 5 minit. Kemudian kukus warna oren 5 minit lagi . Kukus hingga habis dan lapisan terakhir kukus selama 25 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dulu kek baru dipotong.

RESEPI KEK KUKUS MADU SIMPLE


Bahan-bahan
250g tepung naik sendiri/tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonate
100g margerine
200g gula perang halus (boleh tambah kalau nak manis) 
120g minyak sayur/corn oil/minyak masak
4 biji telur saiz M
3/4 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar madu
1 sudu kecil sebuk kopi/nescafe - dicampur dgn sedikit air suam 


Cara-cara
1. Putarkan margarine, gula perang dan minyak sampai jadi lembut/creamy.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan air kopi, vanilla dan madu.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonate dan baking powder. Putar hingga adunan sekata.
5. Alas loyang dgn kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tutup loyang dgn plastik supaya air tak menitik ke dalam kek.
6. Kukus dengan api sederhana sehingga masak (lebih kurang 60 minit). Cucuk dengan lidi atau cake tester, kalau tak melekat maknanya dah masak la tu bakar 45 minit suhu 150C

Resepi Kek Prune Kukus


Bahan-bahan
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
¼ tin besar susu pekat manis – kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune – blend + sedikit air (≈ 100ml), setakat boleh kisar dah cukup
5 biji prune – hiris kasar
5 biji telur

Cara-cara
1.Didihkan air dlm pengukus.
2.Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
3.Putarkan butter, gula dan susu sehingga sebati.
4.Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
5.Masukkan prune yang telah di blend.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati.
7.Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai.
Tuang adunan ke dlm loyang dan kukus selama 1½ jam.

Kalau nak bagi cantik sikit, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Selamat Mencuba Jom Share Resepi :) <3