Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Punca Sebenar Intan ladyana Putus Hubungan Dengan Kamal Adli Didedah?

Punca Sebenar Intan ladyana Putus Hubungan Dengan Kamal Adli Didedah?
UMUM mengetahui hubungan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir baru-baru ini.
Namun, kedua-duanya enggan mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan.
Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Intan yang meminta hubungan tersebut diputuskan kerana sudah mempunyai lelaki lain ketika masih berhubungan dengan Kamal.
intann
Intan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan dia masih lagi solo dan kawan lelaki yang dimaksudkan itu adalah kawannya sendiri yang turut sama terlibat dalam bidang seni.
“Jangan salah faham, kawan saya sekadar mengusik. Kebetulan dia pun orang seni juga, jadi memang kami selalu bergurau sesama sendiri. Saya nak jadikan ‘bahan’ dan tidak ada apa-apa maksud.
“Orang yang diperkatakan itu kawan saya, tak lebih daripada itu. Kami dah lama kenal dan selalu berkumpul dengan kawan lain.
“Buat masa ini saya masih sendiri dan belum terbuka hati untuk bercinta. Insya-Allah, kalau ada nanti saya akan kongsi. Setakat ini belum lagi dan saya harap jangan diperbesarkan perkara yang tiada,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Intan, 32, turut menyatakan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan keluarganya selain enggan perkara remeh sebegini menganggu fokusnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Betul Ke Bakal Pejabat Milik Neelofa Mewah??


Kan kami dah kata, rezeki Neelofa ni melimpah ruah. baru je kami kongsi berita Neelofa nak beli kereta Aston Martin DB9 minggu lalu, kami dikejutkan dengan foto pejabat terbaru gadis ini.

Artikel Berkaitan : Neelofa Nak Beli Kereta Aston Martin DB9 Bernilai 1.7 Juta Pula

Untuk pengetahuan, Neelofa telah berkongsi foto pejabat barunya melalui akaun Instagram tau. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri betapa besarnya tempat ni.


Difahamkan, office ini bakal menjadi tempat di mana terletaknya semua produk keluaran Neelofa seperti Naelofar Abaya & Casual, Naelofar Hijab, LF Lens dan sebagainya.

Alahh, kira macam headquaters lah! Beruntung betul si cantik ni. Muda-muda lagi dah mampu memiliki perniagaan sendiri. Laris pula tu.


Ruang yang bakal menjadi pejabat Neelofa
Bukan saja pejabat, di sinilah juga Neelofa bakal meluaskan lagi perniagaannya, dan korang yang sememangnya gilakan Bokitta, boleh berkunjung ke sini nanti.
Bila kami intai ruangan komen, ramai dah yang tak sabar menanti pembukaan office baru Neelofa ini. Mana tau ada sales ke nanti. Betul tak?

Sumber - Oh Bulan

Wajah Hanis Zalikha Seiras Mak Lampir??


Buat peminat Hanis Zalikha (terutamanya buat Amran Fans), jangan marah ya kami buat headlinemacamtu. Sebab Hanis sendiri dalam nada bergurau mengakui bahawa dia memang persis Mak Lampir dalam foto ini.
Tapi, kalau dilihat secara teliti, tidak banyak pun yang berubah dengan wajah gadis ini. Mungkin teknik make up, gaya rambut dan penggunaan braces membuatkan mukanya tampak agak ‘kelakar’ dan pelik.

Kita jugak yang buruk sebab mudah sgt tabur fitnah ckp macam macam berdasarkan gambar. Kalau sejuta rakyat malaysia percaya fitnah kita maka sejuta dosa kita tanggung. Fitnah tu dosa besar.” – Ibu Hanis Zalikha
“Saya pernah ckp bila ada mekap artis utk majalah entah apa yg buat dia entitle jadi mekap artis majalah buat muka yg dah elok jadi tak elok @haniszalikha Lepas tu sapa yg jadi buruk?
Ha.. Itu adalah penjelasan yang diberikan oleh Nani Rostam di laman Instagramnya pula. Mungkin luahan perasaan itu dilakukan oleh ibunya untuk menjawab dakwaan bahawa Hanis melakukan pembedahan plastik di hidung supaya nampak lebih cantik.
Ish. Pepandai je korang ni tau. Ibu mana yang tak bengang kalau anak yang memang dilahirkan cantik dituduh melakukan surgery kan. Jadi, diharapkan dengan jawapan yang diberikan oleh ibunya ini dapat memuaskan hati anda semua ya! 
Sumber- Oh bulan

20 gambar popular Aaisyah Dhia Rana Mengikut Facebook Statistik


Ini di 20 gambar Aaisyah Dhia Rana yang popular mengikut Facebook statistik

























AAmanah
AAlim
IIkhlas
SSuci
YYakin
AAbadi
HHarum
DDinamik
HHarum
IIdealistik
AAsli
RRamah
AAdil
NNaif
AAdil

Punca Gambar Selfie Che Ta Dalam Pantang Tersebar!!!

Inilah Punca Gambar Selfie Che Ta Dalam Pantang Tersebar | Rozita Che Wan kini sedang di dalam fasa berpantang selepas melahirkan seorang bayi comel bernama Aaisyah Dhia Rana . Che Ta sedang menjaga pantang bersalin selama setahun untuk mengekalkan kesihatan tubuh badannya. Jom lihat gambar selfie Che Ta dan keluarga nya, sangat comel mereka bertiga ber " Selfie " di tempat tidur.
Untuk pengetahuan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta hanya berpantang di Kuala Lumpur sahaja dan dijaga oleh ahli keluarga terdekat. Suami kepada Che Ta iaitu Zain Saidin telah berkongsi gambar terkini Rozita Che Wan ketika sedang berpantang ini.

Koleksi Gambar Rozita Che Wan Dari Muda Hinga Sekarang

Pelik juga, apa yang hot sangat dengan Rozita Che Wan ni sampaikan selalu je ada saja cerita pasal dia..
Korang nak tau dia best ke tak, nah korang nilaikanlah sendiri wajah-wajah RCW ni mengikut peredaran zaman..dari muda sampai sekarang







(Gambar) Sekitar Majlis Istiadat Persandingan TMJ & Che Puan Khaleeda

Bukan senang kita nak tengok istiadat perkahwinan ala-ala Price William dan Kate Middleton di Malaysia ni. Tapi baru-barunya satu istiadat persandingan yang sangat meriah dan eksklusif diadakan bersempena meraikan raja sehari Tungku Mahkota Johor dan isterinya Che Puan Khaleeda.

Pasangan pengantin diraja itu berangkat daripada Istana Bukit Serena pada jam 8.20malam dan tiba di Istana Besar jam 8.52malam.

Lebih daripada 10 buah motorsikal daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), anggota Timbalan Setia Negeri dan komando berpakaian medan mengiringi kereta antik Mercedes Limousine yang dinaiki oleh TMJ dan Che Puan Khaleeda.

Ketibaan pasangan pengantin telah disambut oleh dari 1,500 paluan kompang dan bunga manggar dan lebih 1000 rakyat jelata menyaksikan istiadat berkenaan menerusi dua unit skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sumber : ohmedia