Punca Sebenar Intan ladyana Putus Hubungan Dengan Kamal Adli Didedah?

UMUM mengetahui hubungan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir baru-baru ini.
Namun, kedua-duanya enggan mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan hubungan mereka putus di tengah jalan.
Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan mengatakan Intan yang meminta hubungan tersebut diputuskan kerana sudah mempunyai lelaki lain ketika masih berhubungan dengan Kamal.
intann
Intan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan dia masih lagi solo dan kawan lelaki yang dimaksudkan itu adalah kawannya sendiri yang turut sama terlibat dalam bidang seni.
“Jangan salah faham, kawan saya sekadar mengusik. Kebetulan dia pun orang seni juga, jadi memang kami selalu bergurau sesama sendiri. Saya nak jadikan ‘bahan’ dan tidak ada apa-apa maksud.
“Orang yang diperkatakan itu kawan saya, tak lebih daripada itu. Kami dah lama kenal dan selalu berkumpul dengan kawan lain.
“Buat masa ini saya masih sendiri dan belum terbuka hati untuk bercinta. Insya-Allah, kalau ada nanti saya akan kongsi. Setakat ini belum lagi dan saya harap jangan diperbesarkan perkara yang tiada,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Intan, 32, turut menyatakan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan keluarganya selain enggan perkara remeh sebegini menganggu fokusnya itu. – MYNEWSHUB.CC
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment